fbpx

Nur Dhabitah teruja ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR DHABITAH meletakkan sasaran pingat bagi meningkatkan motivasinya dalam melakukan persiapan pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.

ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sudah tidak sabar untuk menyahut cabaran negara dengan meletakkan sasaran pi­ngat pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.

Kata Dhabitah, dirinya sendiri meletakkan harapan tinggi tersebut sebagai penanda aras selain memberi keyakinan tambahan buatnya pada sesi latihan dan persiapan yang dilakukan ketika ini.

“Saya rasa sasaran pingat untuk temasya Sukan Olimpik di Tokyo nanti bukan misi mustahil. Apa yang penting sebagai atlet adalah perlu yakin dengan ke­upayaan diri sendiri.

“Justeru, saya tidak mahu menoleh ke belakang dan memberi tumpuan penuh pada sesi latihan yang dilakukan ketika ini sebagai persiapan untuk mengharungi temasya Sukan Olimpik tahun depan,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

Sebagai rekod, Nur Dhabitah bakal membuat penampilan ke­dua pada Sukan Olimpik selepas edisi 2018 di Rio de Janeiro, Brazil dan menjadi penerjun keempat negara menempah tiket ke Tokyo.

Nur Dhabitah meraih slot automatik susulan kejayaannya memenangi pingat emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Piala Terjun Asia kelapan yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun lalu.

Selain Nur Dhabitah, tiga pe­nerjun wanita negara iaitu Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy Ng turut memper­oleh tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu pada tahun depan.

Pada Sukan Olimpik 2016, gandingan Pandelela dan Cheong Jun Hoong berjaya menghadirkan pingat perak acara 10m platform seirama wanita sekali gus mencipta sejarah arena sukan tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI