fbpx

MPK catat lebihan hasil RM69 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadzil (tengah depan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya merekodkan lebihan hasil berbanding perbelanjaan sebanyak RM69 juta ekoran langkah penjimatan yang dilakukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin, lebihan itu direkodkan sehingga 31 Julai lalu.

“Lebihan hasil itu berjaya dibuat selepas majlis mengambil beberapa pendekatan yang proaktif dalam melakukan penjimatan.

“Antara pendekatan tersebut seperti tidak membeli kenderaan baharu, meningkatkan simpanan di dalam bank, dan membekukan pembelian komputer baharu selain pelaksanaan PKP sejak Mac lalu,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MPK di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi di sini hari ini.

Jelas beliau, MPK turut mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM230.5 juta sehingga Julai lalu dengan
pencapaian prestasi 93 peratus berbanding sasaran bajet tahunan RM246.7 juta.

“Sebagai rekod, prestasi perbelanjaan sebenar adalah RM161.5 juta berbanding bajet tahunan berjumlah RM279.1 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadzil menegaskan sebanyak RM122.6 juta berjaya dikutip hasil cukai taksiran
sehingga 20 Ogos 2020 berbanding RM154.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Penurunan itu disebabkan pengecualian cukai yang diumumkan Kerajaan Negeri sebelum ini akibat pandemik Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI