SUSULAN kejayaan single terdahulu, Sampai Bila yang melakar pelbagai catatan manis dalam kerjaya nyanyian Misha Omar, penyanyi itu sering diasak persoalan daripada peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculan terbaharunya. Bagi Misha, desakan peminat tidak sekali-kali memberinya tekanan, sebaliknya menyifatkan keterujaan peminat itu sebagai isyarat kehadirannya sentiasa dirindui. Biarpun terpaksa menanti lama, Misha percaya, penantian peminat tidak sia-sia kerana sebagai penyanyi yang sudah 18 tahun mengatur langkah, dia begitu mementingkan ketelitian dalam pembikinan single terbaharu. Hampir dua tahun membuai emosi…
Sungguh, perjalanan emosi dan persiapan fizikal untuk Tanpa Rela bukan mudah. Setiap bait liriknya juga tertulis setelah menerusi perbincangan bersama.
“Untuk karya pertama ini, saya tidak mahu syok sendiri, sebaliknya saya turut membuka ruang untuk bekerjasama dengan banyak pihak kerana mahu memberikan yang terbaik kepada semua," tutur Misha Omar.
Daftar di sini untuk berita penuh