fbpx

Lampard sudah tidak boleh beri alasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD perlu memberikan kejayaan buat Chelsea selepas permintaannya mendapatkan pemain baharu ditunaikan. - AFP

LONDON – Legenda Chelsea, Gustavo Poyet memberikan amaran pasukan itu perlu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini pada kedudukan dua teratas.

Selepas mengeluarkan belanja besar bagi mendapatkan pemain baharu termasuk Timo Werner dan Hakim Ziyech, The Blues tidak ada alasan untuk gagal musim ini.

Selain dua pemain itu, Chelsea juga sedang berusaha memeterai perjanjian dengan Kai Havertz, Ben Chilwell dan Thiago Silva untuk dibawa ke Stamford Bridge.

Justeru, tekanan pastinya terletak di atas bahu pengurus, Frank Lampard memandangkan pihak pengurusan tertinggi tidak boleh menerima jika mereka gagal memenangi sebarang trofi.

“Sekarang kita dapat lihat Chelsea benar-benar serius pada jendela perpindahan kali ini. Pemain-pemain yang dibawa masuk mengubah terus sasaran mereka musim ini.

“Tahun lepas dilihat sebagai tempoh peralihan untuk pasukan ini dan mereka laksanakan tugas dengan baik. Sekarang Chelsea perlu tamatkan saingan EPL sekurang-kurangnya sebagai naib juara,” kata Poyet.

Meskipun mengakui tugas berat menanti Lampard, namun beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pengendali berusia 42 tahun itu untuk melaksanakannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI