fbpx

KPKT cari kaedah lain kawal hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang menggunakan kaedah lain bagi mengawal isu lambakan unit rumah tidak terjual di negara ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ia berikutan pihaknya berdepan cabaran berhubung cara menjual dan melupuskan unit rumah terbabit bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, cadangan membabitkan cukai pengosongan yang akan dikenakan kepada pemaju gagal menjual unit rumah masing-masing masih dalam perbincangan dan belum diputuskan.

“Ketika ini, cadangan itu dibuat berdasarkan angka yang diterima melalui projek hartanah bernilai lebih RM500,000 dan bukannya melibatkan rumah berstatus mampu milik,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chang Lih Kang (PKR- Tanjung Malim) mengenai cadangan KPKT untuk melaksanakan cukai pengosongan terhadap pemaju gagal menjual rumah siap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI