fbpx

Kah Woh dilantik Pengerusi PAC baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Dewan Rakyat hari ini meluluskan pelantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pelantikan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan pada sesi petang persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.

Katanya, Kah Woh dipilih bagi menggantikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang memegang jawatan berkenaan sebelum ini.

“Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun pula dipilih bagi menggantikan Kah Woh sebagai Naib Pengerusi PAC bagi sesi Parlimen Keempat Belas,” katanya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI