fbpx

Arak bernilai RM380,318 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki bersama sejumlah minuman keras yang dirampas dalam serbuan di Permas Jaya, Johor Bahru petang semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki berusia antara 40 hingga 42 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan minuman keras di Permas Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya turut merampas arak pelbagai jenama bernilai lebih RM380,318.

Katanya, serbuan itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama anggota dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am.

“Serbuan tersebut dilakukan di sebuah kediaman di Permas Jaya pada pukul 4.20 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 2,557 botol arak dan 1,560 tin arak bernilai RM380,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd. Padzli, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

“Sehubungan itu polis berharap orang awam akan terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa di talian 07-2182323,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI