fbpx

Terkejut ular tedung selar menjalar atas kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM  menangkap  seekor ular tedung selar di sebuah rumah di Kampung Tanjung Pari, Baling semalam.

Oleh NORLIA RAMLI

BALING – Seorang pemuda terkejut apabila seekor ular tedung selar menjalar di atas kakinya ketika dia sedang tidur di rumahnya di Kampung Tanjung Pari di sini semalam.

Menurut Abd. Talib Ishak, 31, dia terjaga daripada tidur apabila berasa ada benda sejuk menjalar pada kakinya kira-kira pukul 2.30 petang.

“Saya terkejut apabila mendapati ia adalah ular tedung selar sebelum saya berlari keluar dari rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian kepada ibunya, Siti Abidah Che Ad, 66, dan memintanya segera keluar dari rumah.

“Saya lihat ular tedung selar sepanjang tiga meter itu menjalar ke tepi dinding lalu bersembunyi di bawah mesin jahit,” ujarnya.

Menurutnya, dia bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap reptilia berbisa tersebut.

“Itulah pertama kali saya melihat ular tedung selar yang sangat besar dan saya masih trauma dengan kejadian itu,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, ular tedung selar tersebut sepanjang tiga meter dengan berat kira-kira lima kilogram.

“Ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya mengendalikan sebanyak 150 kes berkaitan haiwan liar dan berbisa sejak awal tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI