fbpx

Syarikat guaman disyaki pecah amanah jual rumah lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar

KLANG – Sebuah syarikat guaman di sini disyaki terlibat dalam pecah amanah lebih RM200,000 dalam perjanjian perjualan rumah di Bandar Bukit Raja di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ini susulan laporan polis dilakukan mangsa yang merupakan pengurus pembinaan berusia 42 tahun, kelmarin.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa bersama isterinya telah pergi ke pejabat peguam terbabit di Jalan Kota Raja Shahbandaraya di sini pada 2 Oktober tahun lalu bagi menandatangani surat perjanjian penjualan rumah.

Katanya, rumah mangsa telah dijual pada harga RM430,000 dengan syarikat guaman itu telah menyerahkan bayaran pertama perjualan sebanyak RM20,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik bersama pengadu dan isteri.

“Bayaran penyelesaian baki pinjaman perumahan mangsa dibuat adalah sebanyak RM123,558.30 setelah ditolak daripada hasil jualan.

“Namun syarikat guaman itu didapati masih gagal menyerahkan baki hasil jualan sebanyak RM243.441.70 kepada mangsa sehingga kini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsul Amar menambah, mangsa telah beberapa kali menghubungi syarikat guaman tersebut bagi menuntut baki wang tersebut namun diberikan pelbagai alasan antaranya akaun syarikat dibekukan.

“Mangsa yang tidak mempercayainya meminta bukti penyata akaun syarikat namun gagal dibuktikan oleh syarikat guaman tersebut,” katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI