fbpx

Penganggur aktif pecah premis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mulkiaman (tengah) menunjukkan sebahagian peralatan pecah premis dan hasil curi yang dirampas daripada suspek pada minggu lalu.

Oleh MOHD RIFAAT ABD HAMID

KUALA NERANG – Seorang penganggur yang disyaki terlibat dalam 17 kes pecah premis perniagaan di daerah Padang Terap dan Pokok Sena sejak Mac lepas berjaya ditahan pada minggu lalu.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan dalam Op Pintu di tepi Jalan Tunku Bendahara di sini kira-kira pukul 9 malam, 18 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, suspek mengaku melakukan kegiatan itu secara bersendirian.

Kata beliau, premis yang dipecah masuk di daerah Padang Terap antaranya kedai makan, stesen minyak, pasar raya dan kedai komputer.

“Suspek juga disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk dan mencetuskan kebakaran di sebuah stesen minyak dan restoran makanan segera di Pokok Sena,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mulkiaman, modus operandi suspek adalah memutuskan bekalan elektrik premis sebelum mengumpil pintu atau tingkap dengan pemutar skru.

“Tujuan suspek memutuskan bekalan elektrik adalah bagi memastikan televisyen litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.

“Suspek menyasarkan barang berharga seperti wang tunai dan barang yang mudah dijual seperti peralatan elektronik dan rokok,” jelasnya.

Ujar beliau, suspek juga didakwa pernah  membakar premis yang dipecah masuk itu jika tidak menemui barang berharga.

“Siasatan mendapati wang tunai atau hasil jualan barang curi itu akan digunakan suspek untuk membeli dadah jenis syabu,” katanya.

Tambahnya, suspek masih dalam tahanan reman sehingga 31 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI