fbpx

MAHA 2020 tampil konsep hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SERDANG- Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2020) tampil berbeza bagi edisi kali ini apabila bakal dianjurkan secara konsep hibrid.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penganjuran kali ini akan ditambah elemen pelaksanaan atas talian iaitu pameran secara maya (virtual).

Katanya, kombinasi konsep fizikal dan maya itu menjadikan penganjuran MAHA 2020 yang bertemakan Pertanian Penjana Ekonomi Negara sebagai hibrid.

“Pameran MAHA 2020 secara maya merupakan platform direka khas bagi memenuhi segala keperluan perniagaan dalam industri makanan dan pertanian secara atas talian.

“Seperti yang ditawarkan pameran fizikal, platform maya itu juga mampu mengendalikan transaksi perniagaan sama ada bagi pasaran domestik mahupun antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Pra-Pelancaran MAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini tadi.

Tambahnya, menerusi konsep berkenaan, pelbagai aktiviti secara atas talian seperti sesi perbincangan, padanan perniagaan dan promosi produk dapat dipaparkan secara langsung.

“Kita juga sedar budaya norma baharu bagi mencegah Covid-19 dan ini menjadi faktor penolak untuk menggunakan lebih teknologi termasuklah dalam bidang pertanian serta penganjuran MAHA.

“Kementerian berharap agar MAHA 2020 boleh menarik seramai 10,000 pengunjung secara fizikal setiap hari selain lebih 100,000 pengunjung secara maya,” ujarnya.

MAHA 2020 bakal berlangsung selama empat hari bermula 26 November depan di MAEPS Serdang dengan menawarkan hampir 500 ruang pamaeran serta jualan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI