fbpx

Kuching FA lega tiada penyingkiran liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Kuching FA menjalani latihan dalam persiapan menghadapi saingan Liga Premier hujung minggu ini. - FB KUCHING CITY FC

KELAB Kuching FA menarik nafas lega apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiada penyingkiran pasukan dalam kancah Liga Premier musim ini menjelang saingan yang akan kembali berlangsung pada Jumaat ini.

Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang adil kepada semua pihak memandangkan tiada pasukan daripada Liga M3 dinaikkan selepas pembatalan liga divisyen ketiga itu musim ini disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Beliau mengakui, keputusan itu secara tidak langsung menghilangkan tekanan buat Kuching FA yang kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Premier untuk menghadapi baki tujuh perlawanan selepas ini.

“Keputusan ini seperti satu bonus kerana kami bukan sahaja melihat kepada kedudukan sekarang tetapi saingan liga juga dijalankan dalam satu pusingan sahaja.

“Jadi, sukar untuk kami me­rancang dan merencana strategi supaya kami mampu naik ke tangga lebih tinggi kerana perlawanan sudah tidak banyak.

“Bagaimanapun, kami sama sekali tidak akan mengambil mudah dan kami akan tetap cuba memburu kedudukan tangga yang lebih tinggi daripada sekarang,” katanya.

 

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd. Zul Ikman me­nganggap pendirian MFL sebagai satu kesempatan buat mereka kekal bersaing lebih lama dalam sai­ngan Liga Premier.

Namun, Kelantan United tetap memasang impian besar untuk memburu slot ke sai­ngan Liga Super musim depan meskipun berstatus sebagai pendatang baharu Liga Premier musim ini.

Sebagai rekod, Kuching FA akan menanti kunjungan Sela­ngor 2 pada Jumaat ini, manakala Kelantan United bakal bertandang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin menentang Johor Darul Ta’zim II sehari kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI