fbpx

KPM nafi tawar peperiksaan UPSR, PT3 khas dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menawarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) yang diadakan dalam talian seperti tular di laman sosial.

KPM dalam satu kenyataan berkata, peperiksaan tersebut bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan KPM.

“KPM telah mengumumkan bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan pada 15 April lalu.

“Bagaimanapun, KPM mendapati sebuah portal telah menawarkan peperiksaan UPSRx dan PT3x yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020,” katanya.

KPM menegaskan, pihaknya memandang serius perkara itu kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

“Untuk makluman, KPM telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

Orang ramai terutama ibu bapa kepada murid tahun enam dan tingkatan tiga dinasihatkan agar merujuk portal rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/dan portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai peperiksaan yang dilaksanakan oleh KPM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI