fbpx

KPDNHEP rampas 7,547kg minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang, memeriksa tong-tong industri berkapisiti 17 kilogram yang diisi menggunakan minyak subsidi dan dijual dengan harga luar kawalan.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menyita sebanyak 7,547 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM19,000 selepas menyerbu sebuah premis di Kampung Wellesley, Nibong Tebal di sini hari ini.

Ketua Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Peter J. Berinus Agang berkata, turut disita dalam serbuan itu ialah dua buah lori mengandungi peralatan memproses bahan keperluan harian itu yang bernilai kira-kira RM80,000.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 30 hingga 60 tahun ketika serbuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, berlakunya aktiviti pembungkusan minyak masak dalam tong industri 17 kg tanpa kebenaran atau lesen di premis ini.

“Selain itu, kami turut mengesyaki berlakunya elemen penyelewengan terhadap subsidi minyak banyak berikutan penemuan sejumlah minyak masak paket bersubsidi 1 kg di premis yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI