fbpx

Kerajaan jumpa syarikat p-Hailing esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (tengah) diiringi Jamil Rakon (kiri) dan Pengerusi Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wew Chai (kanan) semasa lawatan kerja di Menara Top Glove, Setia Alam, hari ini.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Kerajaan akan bertemu dengan beberapa syarikat Penghantaran Makanan & Bungkusan Bermotosikal (p-Hailing) esok bagi membincangkan jalan penyelesaian berhubung isu yang membabitkan penghantar makan.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, kementerian melalui Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jamil Rakon akan berjumpa wakil syarikat tersebut.

“Kita belum berjumpa dengan pihak syarikat (p-Hailing) tapi Khamis ini (esok), KSU akan berjumpa dengan mereka.

“Bagi kami, ini adalah salah satu isu yang kami ambil berat kerana ia melibatkan ramai golongan belia yang bekerja dalam sektor p-Hailing,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Menara Top Glove, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut) mendesak operator perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan agar tidak mengambil mudah terhadap kebajikan mereka yang menggunakan motosikal atau p-hailing.

Mereka kemudiannya menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia dengan Saravanan memberi jaminan bahawa akan meneliti setiap permasalahan yang dihadapi oleh pekerja p-Hailing. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI