fbpx

Fazura tiada selera makan nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura belum membuat persiapan menyambut cahaya mata sulungnya pada Oktober depan.

KUALA LUMPUR – Aktres po­pular, Nur Fazura Sharifuddin memberitahu, selera makannya mengalami perubahan ketara sepanjang lapan bulan dia hamil.

Fazura, 37, berkata, dia tidak mempunyai selera memakan nasi bersama lauk-pauk kampung walaupun hidangan itu merupakan kegemarannya sebelum ini.

Menurut pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, dia tidak mengidam makanan yang pelik, sebaliknya perkara itu berlaku kepada suaminya, Fattah Amin.

“Sejak mengandung, saya kurang makan nasi dengan lauk-pauk atau terlalu berkuah. Padahal sebelum ini, ia memang makanan kegemaran saya.

“Saya bersyukur kerana tidak berdepan sebarang alahan atau mengidam yang pelik. Sejujur­nya, Fattah yang lebih banyak mengidam termasuk memakan kek sepanjang bulan puasa lalu,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fazura memberitahu, dia belum membuat sebarang persiapan untuk me­nyambut cahaya mata sulung­nya yang dijangka lahir Oktober depan.

Masih sibuk bekerja biarpun sarat, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu berkata, dia tidak biasa berehat tanpa membuat apa-apa.

Fazura dan Fattah yang juga seorang pelakon mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas bertemu di set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella pada tahun sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI