fbpx

Damansara Esports pasang hajat besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Damansara Esports bersedia mengukir nama selaku juara saingan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura musim kedua yang sedang berlangsung ketika ini.

MESKIPUN turun selaku pasukan underdog, skuad Damansara Esports yang dilihat bersedia untuk mengukir nama selaku pemenang dalam saingan musim ke­dua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura atau PMPL MY/SG.

PMPL MY/SG Musim 2 yeng te­lah berlangsung dari 19 Ogos hingga 27 September ini menampilkan 24 pasukan PUBG Mobile terhebat dari Malaysia dan Singapura untuk merebut hadiah terkumpul AS$150,000 (RM628,500).

Meskipun sedar bakal ber­depan tentangan hebat, Damansara Esports atau dikenali Last Survivor R2K sebelum ini mahu melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu untuk melayakkan ke pentas final.

Pengurus pasukan, Muhammad Furqan Hakimi Ahmad Soffian atau dikenali Jack mengakui tahun ini ada sedikit kelainan ditampilkan di bawah organisasi baharu iaitu Damansara Esports.

Ujarnya, tahun ini mereka hanya mengekalkan tiga pemain pasukan R2K dan membawa muka baharu untuk diketengahkan. Jika dahulu mereka sedikit terumbang-ambing, namun kini di bawah pengurusan baharu segalanya lebih profesional.

“Kita tahu permainan video PUBG ada kelas tersendiri dan jika tidak membawa elemen profesional, maka skuad ini pasti akan bermasalah kemudian hari. Kita lihat pemain-pemain muda ini mempunyai pengalaman dan berbakat, jadi ia memerlukan pengurusan lebih cekap serta berdisiplin.

“Musim lalu, kami berada di tangga keempat keseluruhan dan tidak mustahil kami mampu mara ke pentas final dan seteruskan ke peringkat Asia Tenggara. Ini impian yang kita letak dalam pasukan ini,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Ditanya adakah pasukan Damansara ESports sedia berentap dengan pasukan berstatus dunia, Jack mengakui mereka tidak kisah jika terserempak dengan pa­sukan Yoodo Gank, Team Secret mahupun Geek Fam.

“PUBG bukan permainan yang memerlukan kepakaran individu. Mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan. Elemen itu ada dalam skuad kami dan kami bersedia berdepan pasukan hebat seperti Yoodo mahupun Secret. Saya harap pasukan hebat tersebut yang mahu mengelak untuk bertembung dengan kami,” ujar­nya.

Dalam pada itu, Jack meletakkan harapan tinggi bahawa mereka mampu melayakkan diri beraksi di pentas Asia Tenggara (SEA) sebelum melangkah ke pentas dunia.

“Bagi saya, ia bukan satu misi mustahil kerana saya yakin akan kemampuan pasukan ini. Jika dahulu kami hanya sasarkan kemenangan setakat pada saingan PMPL tetapi kini kami mampu layak ke pentas dunia,” tambah­nya.

Setelah PMPL MY/SG Musim 2 ini berakhir, tiga pasukan teratas akan melayakkan diri ke PMPL SEA Finals Musim 2 dan ber­peluang mewakili rantau Asia Tenggara untuk berlawan dengan pasukan terbaik dunia pada Kejuaraan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL).

PMPL MY/SG Musim 2 terdiri daripada 24 pasukan iaitu empat pasukan menerusi Kelayakan Singapura PMPL MY/SG, 15 pasukan jemputan PMPL MY/SG dan lima pasukan layak dari PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020.

Pasukan profesional gergasi PUBG MOBILE Yoodo Gank dan Team Secret yang mewakili Malaysia pada PMWL Season 0: East akan kembali untuk bersaing sebagai salah satu daripada 15 pa­sukan yang dijemput untuk PMPL MY/SG musim ini.

J8 Esports (dikenali sebagai BTR AROV sebelum ini) yang bermain dalam saingan PMPL SEA Finals Season 1 juga bermain dalam liga ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI