KUALA LUMPUR – Anak kepada seorang ahli politik ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu lalu.
Individu tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di sekitar ibu kota kira-kira pukul 1.20 pagi.
Difahamkan, serbuan ke atas pusat hiburan tersebut dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat premis itu beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.
Selain wanita berkenaan, seramai 30 lagi individu turut ditahan dalam serbuan terbabit.
Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE