fbpx

Awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awak-awak Thailand, Supakorn Ruanggkaew yang dikhuatiri lemas dekat Pulau Songsong, Yan semalam.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Seorang awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di Pulau Songsong di Yan dekat sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa, Supakorn Ruanggkaew, 48, disedari hilang oleh empat nelayan lain ketika mereka hendak menaikkan pukat kira-kira pukul 3 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh pada jarak 19.3 batu nautika barat daya Pulau Songsong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik menerima laporan, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Operasi SAR melibatkan sebuah bot dan kapal Maritim Malaysia (APMM) selain turut mendapat kerjasama pasukan polis marin serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebanyak 15 buah nelayan tempatan turut membantu dalam usaha pencarian mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, SAR ditangguhkan pada pukul 7 petang semalam dan disambung pada pagi ini.

“Sektor pencarian pada hari ini meliputi kawasan seluas 78.22 batu nautika persegi,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI