fbpx

Atlet pilihan Anugerah Atlet Terbaik SAM-100PLUS 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI, Farah Ann, Kisona, Julian dan Choo How merupakan calon untuk Anugerah Atlet Terbaik SAM-100PLUS 2019.

JAGUH berbasikal pecut negara, Mohd. Azizulhasni Awang menjadi pilihan utama untuk me­rangkul Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019 di Dewan Auditorium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa depan.

Pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu muncul juara pada kejohanan trek Siri Dunia di Cambridge Disember tahun lalu menewaskan bekas juara dunia, Shane Perkins dan Matthew Glaetzer.

Malah, atlet kelahiran Du­ngun, Terengganu itu turut me­raih pingat emas selepas muncul juara acara pecut individu pada kejohanan Trek Asia 2019 yang berlangsung di Korea Selatan pada Oktober 2019.

Kejayaan yang dikecapi sepanjang 2019 membuktikan Azizulhasni di landasan terbaik dalam merealisasikan misi menamatkan penantian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Tokyo, Jepun yang dijadual berlangsung pada Julai 2021.

Bagaimanapun, Azizulhasni bakal dicabar permata badminton negara, S. Kisona yang turut melakar sejarah tersendiri pada 2019 dengan menjuarai pingat emas perseorangan wanita pada Sukan SEA di Filipina Disember lepas.

Atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi turut berada dalam senarai lima atlet bagi pe­rebutan anugerah berprestij itu selepas turut cemerlang dengan meraih tiga pingat emas pada temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu.

Malah, Farah Ann turut mencipta sejarah menjadi atlet gimnastik ketiga negara layak bersaing ke temasya Sukan Olimpik di Tokyo selepas meraih tiket merit pada tahun lalu.

Perebutan bagi Anugerah Atlet Terbaik untuk Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 kali ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan atlet kebangsaan lain yang turut mengintai peluang termasuk atlet luncur ais, Julian Yee dan Loh Choon How dalam acara wushu.

Selain memberi pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang sepanjang 2019, wartawan sukan juga turut menerima pengiktirafan sekali gus berpeluang memenangi ha­diah wang tunai keseluruhan le­bih RM50,000 pada majlis Anugerah SAM-100PLUS kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI