fbpx

17 anggota PGA dikuarantin negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim (tengah), Timbalan Komander Briged Tengah, Asisten Komisioner Chew Tham Soon (kiri) dan Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan (kanan) menunjukkan gambar PATI yang ditahan pada Op Benteng Covid baru-baru ini.

SEMENYIH – Seramai 17 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tengah yang terpaksa dikuarantin selepas terlibat dalam Op Benteng Covid di Perairan Sekinchan baru-baru ini disahkan negatif jangkitan virus Covid-19.

Komander PGA Bridged Tengah, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, keputusan itu disahkan pihak Kementerian Kesihatan yang melakukan ujian saringan terhadap anggota PGA terbabit.

“Dalam operasi 15 Ogos lalu seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan terdapat dalam kalangan mereka positif Covid-19. Berikutan itu anggota PGA yang terlibat menangkap mereka disaring dan dikuarantin.

“Hasil ujian oleh pihak kesihatan mendapati kesemua anggota PGA terbabit negatif. Tiada yang dikesan dijangkiti virus Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad berkata, langkah kuarantin dilakukan kerana PGA mengambil langkah ketat bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pegawai serta anggota di lapangan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, beliau memaklumkan PGA Bridged Tengah melakukan sebanyak 107 serbuan, menahan seramai 291 individu dan merampas pelbagai jenis barang bernilai RM18,885,534 sejak 1 Januari hingga 24 Ogos lalu.

Menurut beliau, serbuan, penahanan dan rampasan itu hasil daripada Op Nyah 1 dan Op Benteng Covid bagi membanteras kegiatan jenayah penyeludupan di perairan pantai Selangor dan pantai barat Johor.

Kata beliau, tangkapan melibatkan seramai 103 warga Malaysia terdiri daripada 100 lelaki dan tiga wanita, manakala warga asing yang ditahan seramai 177 lelaki dan 37 wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun.

Jelas beliau, rampasan melibatkan kenderaan bernilai RM7.5 juta, rokok seludup (RM6.4 juta), arak seludup (RM2.3 juta), dadah (RM1.4 juta), hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM83,560), wang tunai dan lain-lain (RM1.1 juta).

“Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010, Akta Perhutanan 1984/89, Akta Bahan-Bahan Hakisan dan Letupan 1958 serta Akta Perikanan 1985,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI