JITRA – Kira-kira 100 penduduk sekitar Napoh dalam daerah Kubang Pasu hadir di pekarangan luar Klinik Kesihatan Napoh untuk menanggalkan gelang merah jambu sejak pukul 8 pagi tadi
Gelang kuarantin itu ditanggalkan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) hari ini.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 4,000 penduduk di empat mukim di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang diarahkan menjalani saringan Covid-19 bagi Kluster Sivagangga. – K! ONLINE