fbpx

Wanita maut kereta dilanggar bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu mangsa remuk teruk selepas dilanggar sebuah bas di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di Bentong Pahang hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG – Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di simpang tiga Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, bahagian kanan kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa, Samsuna Jamaludin, 58, remuk.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Mempaga ke Lurah Bilut.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa keluar dari Simpang Mempaga secara mengejut mengakibatkan pemandu bas tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kanan kereta.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pemandu dan 11 penumpang bas tidak mengalami kecederaan.

Jelas beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI