fbpx

Tiga PATI Indonesia ditahan tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT nelayan yang dirampas kerana menunda di kawasan tidak dibenarkan dan menggaji PATI

KLANG – Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia selepas menangkap ikan di kedudukan 2.2 batu nautika Barat Daya Sungai Haji Durani di sini semalam.

Penahanan kesemua suspek berusia 22 hingga 28 tahun itu dilakukan menerusi Ops Benteng Laut pukul 9.15 malam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, ketiga-tiga mereka yang diupah oleh pemilik bot nelayan kelas B1 itu pada awalnya dikesan menunda di kawasan tidak dibenarkan iaitu kurang lapan batu nautika dari pantai.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat empat lelaki di dalam bot tersebut termasuk tekong yang merupakan warga tempatan.

“Hasil siasatan mendapati mereka baharu sahaja menurunkan pukat dalam beberapa minit sebelum ketibaan bot peronda Maritim Malaysia

“Turut dirampas adalah hasil ikan yang dianggarkan sebanyak 20 kilogram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, bot dan mereka yang ditahan dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI