fbpx

Terengganu FC kena kerah lagi tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI gembira anak-anak buahnya meraih kemenangan 4-0 ke atas PDRM pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

KEMENANGAN 2-0 ke atas Pe­taling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super Sabtu lalu masih belum cukup buat ketua jurulatih Terengganu FC I, Mohd. Nafuzi Zain.

Meskipun gembira dengan tiga mata yang diperoleh, namun pengendali dari Kelantan itu mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki ter­utamanya pada bahagian pertahanan menjelang perlawanan akan ­datang.

Beliau berkata, benteng pertahanan perlu diperkemaskan lagi, selain berharap stamina pemain kembali ke tahap terbaik memandangkan perlawanan sete­rusnya akan lebih sukar.

“Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan tiga mata meskipun berdepan pasukan kuat seperti PJ City. Saya bangga dengan aksi semua pemain biarpun sudah lama tidak beraksi.

“Sebenarnya, kelemahan ketara kami adalah bahagian pertahanan kerana sudah bolos sembilan gol setakat ini. Ia perlu diperbaiki kerana perlawanan akan datang lebih sukar,” katanya.

Bekas pemain Kelantan itu juga menggesa penyerang import, Dominique Da Sylva agar bekerja lebih keras meskipun sudah menerajui carta penja­ring terbanyak Liga Super dengan enam gol.

Dalam pada itu, Nafuzi juga percaya skuad kendaliannya memiliki masa mencukupi untuk berehat sebelum melayan kunjungan Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sabtu ini.

“Saya tahu kualiti serta pengalaman yang dimiliki Dominique, sebab itu dia diambil sebagai penyerang Terengganu. Walaupun sudah sumbat enam gol, tetapi saya mahu dia kerja lebih keras,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI