fbpx

PGA rampas wang tunai tidak diisytihar kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah wang tunai yang berjaya dirampas oleh anggota PGA Batalion 8 dalam serbuan terhadap sebuah treler di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang semalam.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas wang tunai berjumlah RM343,700 dipercayai wang yang tidak diisytiharkan kerajaan selepas menahan dua orang lelaki di hadapan sebuah stesen minyak di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superintanden Muhammad Shamsuddin berkata, kedua-dua lelaki itu dicekup dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 7 malam.

Menurutnya, anggota PGA telah melakukan intipan selama sejam terhadap sebuah treler yang dipandu dalam keadaan mencurigakan selepas keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

“Kita terima maklumat pada pukul 5 petang dan sepasukan anggota yang sedang melakukan rutin telah digerakkan untuk melakukan pemerhatian ke atas sebuah treler yang keluar dari ICQS.

“Anggota PGA terus mengekori treler tersebut dan membuat pemerhatian sebelum berhenti di sebuah stesen minyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad berkata, hasil pemantauan dan pemerhatian selama 15 minit yang dilakukan mendapati sebuah motosikal dari arah lampu isyarat telah menghampiri treler itu.

Katanya, anggota PGA mendapati penunggang motosikal telah memasukkan satu bungkusan plastik hitam ke bawah ruangan tempat duduk kenderaan itu.

“Anggota PGA kemudian telah bertindak melakukan serbuan dan berjaya menahan kedua-dua suspek.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan plastik hitam itu membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah RM343,700,” ujarnya.

Katanya, barangan rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 (AKTA 613).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI