fbpx

Pelajar kolej rugi RM39,897 ditipu sindiket cabutan bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORZAINY

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Hasrat seorang pelajar kolej wanita untuk menuntut hadiah kemenangan wang tunai RM8,888 lebur apabila terpedaya dengan sindiket penipuan cabutan bertuah di sini pada 23 Ogos lalu.

Malah, mangsa yang berusia 20 tahun itu turut kerugian RM 39,897 selepas berkongsi Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kononnya bagi urusan penerimaan hadiah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa pada mulanya membeli barang dan membuat bayaran menggunakan aplikasi dompet elektronik (e-dompet) tempatan.

Katanya, mangsa terlihat mesej mengatakan dia telah memenangi cabutan bertuah dan bertindak mengisi maklumat peribadi termasuk nombor akaun serta kata laluan perbankan menerusi borang online.

“Mangsa turut berkongsi beberapa TAC yang diterimanya melalui WhatsApp.

“Mangsa yang berasa curiga terus berhubung dengan pihak bank sebelum dimaklumkan bahawa taktik berkenaan adalah sindiket penipuan online,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI