fbpx

Neymar, Mbappe bukan punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR tidak dapat menahan sebak selepas gagal membantu PSG menewaskan Bayern pada final Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

LISBON – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel mengakui, mereka terlalu bergantung kepada Neymar dan Kylian Mbappe untuk menjaringkan gol selepas tewas 0-1 kepada Bayern Munich pada aksi final Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

PSG gagal mencipta sejarah menjuarai trofi berprestij Eropah tersebut disebabkan ketumpulan penyudah terutama bahagian serangan untuk menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel ­Neuer yang beraksi cemerlang sepanjang aksi di Stadium Da Luz itu.

Bagaimanapun, Tuchel, 47, enggan menyalahkan Neymar dan Mbappe dalam kegagalan gergasi Perancis itu mencipta sejarah memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama.

“Neymar telah menunjukkan bahawa dia berada dalam kelas tersendiri dengan mentaliti juara. Namun, nasib masih lagi tidak memihak kepada dia untuk menjaringkan gol.

“Mbappe pula boleh dilihat aksinya belum mencapai potensi sebenar, mungkin disebabkan dia baru pulih daripada kecederaan dua minggu lalu. Oleh sebab itu saya tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus dalam perlawanan ini.

“Apa yang pasti, semua pemain telah memberikan sepenuh tenaga mereka untuk memenangi perlawanan ini tetapi kami masih gagal menjaringkan gol.

“Bagi saya, tiada pasukan yang layak menjadi juara. Saya percaya jika kami dapat mencipta gol terlebih dahulu, bermakna PSG yang akan menang,” kata pengendali kelahiran Jerman itu.

Dalam perkembangan sama, Tuchel turut mengesahkan, beliau masih lagi berminat untuk menjadi pengendali PSG dan tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan meskipun gagal membantu pasukannya meraih trofi yang diidamkan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN