fbpx

Lil Miquela robot selebriti berpendapatan lebih RM49 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIQUELA muncul sebagai robot alam maya paling kaya dengan pendapatan lebih RM49 juta setahun. –lilmiquela /Instagr

LONDON – Imej janaan kompu­ter (CGI) yang menjadi selebriti di laman perkongsian gambar Instagram, Lil Miquela tersenarai sebagai robot berpendapatan tertinggi berjumlah £8.96 juta (RM49,064,359 juta) setahun.

Menurut portal berita mirror.co.uk kelmarin, pendedahan mengenainya dibuat oleh syarikat jualan online, OnBuy. Firma itu menyenaraikan jumlah pendapatan diperoleh robot selebriti di Instagram.

“Selebriti alam siber menggunakan watak yang dicipta menggunakan CGI.

“Mereka (robot) direka supaya mempunyai personaliti dan watak tersendiri menyerupai manusia sebenar untuk menarik perhatian pengguna laman sosial,” kata seorang jurucakap OnBuy.

Dalam kajian yang dilakukan bersama syarikat pemasaran Post Money Calculator, Lil Miquela yang mempunyai 2.5 juta pengikut di Instagram menduduki posisi pertama.

Bayaran yang dikenakan Miquela untuk satu iklan promosi ialah sebanyak £6,550 (RM35,860). Berada di tempat kedua ialah Nononoouri iaitu watak CGI yang direka oleh seorang pereka grafik bernama Joerg Zuber.

Noonoouri sebelum ini pernah bekerjasama dengan jenama besar seperti Dior dan Kim Kardashian dengan jumlah pendapatan tahunan lebih £2 juta (RM10.95 juta).

Tempat ketiga milik robot berperwatakan Jepun, Imma dengan jumlah pendapatan mencecah £498,303.44 (RM2.7 juta) setahun diikuti Bermuda Is Bae, £440,182 (RM2.4 juta); Shudu, £96,000 (RM525,044) dan Ami Yamato, £53,000 (RM289,840). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI