fbpx

KKM akan bentang cadangan pelarasan gaji Pegawai Perubatan Kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemukakan kertas cadangan penyelarasan gaji bagi Pegawai Perubatan Kontrak gred UD41 ke UD43 yang sudah disediakan dan akan dibentangkan ke Kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu perlu dilakukan berikutan pegawai perubatan kontrak ketika ini menjalankan tugas sama tetapi mendapat gaji berbeza berbanding dengan pegawai lantikan tetap.

“Cadangan berkenaan bakal menyaksikan pegawai perubatan kontrak menerima gaji hampir sama dengan lantikan tetap, kementerian ketika ini mencadangkan supaya tempoh kontrak lebih panjang, sekali gus peluang lebih baik bagi pegawai perubatan kontrak mengambil laluan kepakaran setara.

“Bagi mereka (pegawai perubatan kontrak) yang kita naikkan gaji ke (gred) UD43 ialah pegawai yang sentiasa patuh dan bersedia untuk terus kekal dalam kementerian.

“Pegawai Perubatan Kontrak gred UD41 prinsipnya ialah upah mengikut kerja dan memikul beban tugas setara dengan lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred UD44. Begitu juga dengan farmasi dan pergigian,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu mengapa penyelarasan gred pegawai perubatan kontrak masih belum dilaksanakan.

Ujar beliau, pembentangan ini sebenarnya perlu dilaksanakan supaya perancangan untuk menambah baik laluan kerjaya dapat memelihara keharmonian di tempat kerja bagi pekerja tetap dan kontrak selain meningkatkan motivasi pegawai semasa bertugas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI