fbpx

Bukan mangsa samun tetapi lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Bimbang anak lelakinya dikenakan tindakan saman selepas terlibat dalam perlumbaan motosikal haram, seorang bapa sanggup membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun membabitkan mereka berdua kelmarin.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan selepas hadir membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Bayan Lepas pada pukul 11.13 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A Anbalagan berkata, lelaki terbabit sebelum itu mendakwa, dia dan anaknya berusia 16 tahun menjadi samun dua suspek ketika menunggang motosikal di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara pada pukul 5.30 pagi.

Menurutnya, dalam kejadian itu suspek dikatakan telah meragut beg yang digalas anaknya dari arah belakang sebelum terjatuh daripada motosikal.

“Hasil siasatan lanjut, lelaki terbabit mengaku membuat laporan polis palsu setelah anaknya mengalami kemalangan akibat berlumba motosikal serta kehilangan barangan peribadi.

“Tindakannya itu kerana risau anaknya yang masih tiada lesen memandu akan dikenakan tindakan saman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, lelaki terbabit telah dituduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau pagi tadi dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Katanya, tertuduh yang bekerja kontrak itu membayar denda yang dikenakan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI