fbpx

Barcelona berminat lantik Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menjadi buruan Barcelona berdasarkan kejayaannya membantu Liverpool meraih banyak gelaran seperti Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris. – AFP

BARCELONA – Calon Presiden Barcelona, Jordi Farre mendakwa, beliau sudah berbincang dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berhubung kemungkinan untuk melantiknya sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.

The Catalan baru sahaja membawa masuk bekas pengendali skuad antarabangsa Belanda, Ro­nald Koeman untuk mengemudi Barcelona dengan kontrak tiga tahun sehingga Jun 2022.

Bagaimanapun, pemilihan presiden yang dijangka berlangsung tahun depan mungkin bakal menyaksikan berlakunya perubahan tampuk pimpinan skuad gergasi Sepanyol itu.

Farre, 45, menegaskan, Barcelona memerlukan seorang individu yang mempunyai daya ke­pimpinan tinggi yang berpengaruh se­perti Klopp dan bersedia membawa masuk pengendali Jerman itu jika berjaya mengambil alih jawatan presiden daripada Josep Maria Bartomeu.

“Sekiranya Koeman menjalankan tugasnya dengan bagus, sudah tentu beliau akan dikekalkan sebagai jurulatih Barcelona.

“Namun, kami juga ada perancangan seterusnya buat pasukan ini dan saya sendiri sudah beberapa kali berhubung dengan dengan Klopp. Barcelona perlukan jurulatih berkredibiliti seperti beliau,” katanya.

Kenyataan Farre dilihat agak mengejutkan kerana Klopp sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu berehat selama setahun apabila kontraknya bersama Li-verpool tamat pada 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI