fbpx

Atalanta tiada masalah jual Zapata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAPATA (kanan) berjaya membantu Atalanta buat pertama kali mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dan meraih tempat ketiga Serie A musim lalu. – AFP

BERGAMO, Itali – Atalanta dilaporkan telah meletakkan tanda harga sebanyak €55 juta (RM271 juta) buat penyerang prolifik pa­sukan itu, Duvan Zapata yang kini menjadi buruan gergasi-gergasi Eropah.

Antara pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan Zapata, 29, ialah juara Itali, Juventus, dua kelab Sepanyol, Atletico Madrid dan Barcelona serta dua kelab Liga Perdana Inggeris.

Atalanta berbuat demikian ke­rana mahu memastikan penyerang antarabangsa Colombia itu dapat dijual pada harga yang tepat berdasarkan kecemerlangannya sepanjang dua musim lalu.

Skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu dikatakan enggan menghalang Zapata untuk ber­aksi dengan kelab besar sekali gus berpeluang mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Sebagai rekod, Zapata berjaya menjaringkan 47 gol daripada 81 penampilan dalam semua kejohanan sepanjang dua tahun bersama Atalanta selain membantu pasukan itu layak dua kali ke saingan Liga Juara-Juara.

Lebih manis, bekas penyerang Udinese, Sampdoria dan Napoli itu berjaya memastikan Atalanta layak buat kali pertama ke suku akhir Liga Juara-Juara dan menamatkan saingan Serie A pada tempat ketiga musim lalu.

Justeru, tidak hairan pasukan-pasukan seperti Juventus, Barcelona dan Atletico berminat mendapatkan khidmat Zapata yang menamatkan saingan domestik musim lalu sebagai penjaring kelima terbanyak dengan 18 gol.

Jika berjaya menjual Zapata pada harga yang tepat, Atalanta dilaporkan mahu mengisi kekosongan itu dengan membeli penyerang buangan Chelsea, Michy Batshuayi sebelum jendela perpindahan ditutup. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI