fbpx

Arsenal tagih magis Bergkamp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGKAMP dilaporkan semakin hampir kembali ke Arsenal bagi membantu barisan kejurulatihan Arteta musim depan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan sedia membawa masuk legenda pasukan itu, Dennis Bergkamp untuk berada dalam barisan kejurulatihannya menghadapi saingan baharu musim depan.

Dalam masa sama, media-media antarabangsa juga mendakwa Arteta sebenarnya mahu melantik Bergkamp, 51, sebagai pembantunya selepas Freddie Ljungberg meninggalkan posisi penolong jurulatih baru-baru ini.

Bekas penyerang prolifik The Gunners itu sudah tidak memegang sebarang jawatan hampir tiga tahun selepas me­ninggalkan kerusi pembantu jurulatih Ajax pada Disember 2017.

Justeru, ia dilihat sebagai peluang terbaik buat Arteta untuk mendapatkan khidmat bekas bintang Belanda itu dalam usaha mengembalikan semula Arsenal pada landasan terbaik.

Pengalaman Bergkamp selaku pemenang tiga kali Liga Perdana Inggeris (EPL) selain merupakan sebahagian daripada anggota Arsenal yang meraih gelaran Invincibles amat ditagih pasukan itu untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas ini.

Sementara itu, The Gunners dikatakan sudah mencapai persetujuan mendapatkan khidmat pakar set piece Brentford, Andreas Gregson sebagai langkah pertama Arteta merombak barisan kejurulatihannya.

Arsenal bakal memulakan saingan musim baharu menentang Liverpool dalam aksi Piala Perisai Komuniti, Sabtu ini sebelum bertemu Fulham untuk perlawanan pertama EPL pada 12 September depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI