fbpx

Warga emas maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan menyayat hati membabitkan seorang penunggang motosikal warga emas yang maut selepas terjatuh dan digilis oleh sebuah lori ketika dalam perjalanan dari Seberang Jaya menghala ke kawasan Perusahaan Perai pagi tadi. Foto IHSAN PENANG PRESS

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikalnya sebelum digilis oleh sebuah lori yang datang dari arah yang sama di Kilometer 138.4 Lebuh Raya Utara Selatan di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ketika kejadian, mangsa, Koay Teng Yam, 62, dikatakan dalam perjalanan dari Seberang Jaya menghala ke kawasan Perusahaan Perai.

“Akibat daripada kemalangan itu juga, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika ini, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan proses bedah siasat terhadap mayat mangsa telah dilakukan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kira-kira pukul 1 tengah hari tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Shafee, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI