fbpx

Warga Bangladesh maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah hotel di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Mangsa, Mahmud Hasan Rabani, 26, yang juga seorang warga Bangladesh dipercayai meninggal dunia semasa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki alat penghawa dingin di hotel tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal polis setakat ini mengesahkan bahawa renjatan elektrik itu menjurus kepada punca kematian mangsa.

“Saya diberitahu, mangsa dikejarkan ke wad kecemasan di hospital berhampiran oleh pasukan bomba dan penyelamat Bukit Mertajam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai di wad berkenaan, dia telah disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor yang bertugas di situ,” katanya yang memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI