fbpx

Tuah julang Oliveira pada GP Styria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLIVEIRA memegang replika kad ketika menaiki podium selepas menjuarai GP Styria di Litar Red Bull Ring semalam.

IMPIAN pasukan KTM untuk melakar kemenangan pertama di laman sendiri di Austria tercapai selepas pelumba pasukan Red Bull KTM Tech 3, Miguel Oliveira meraih kemenangan pada Grand Prix (GP) Styria di Litar Red Bull Ring malam tadi.

Perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan pada pusingan ke-17 selepas pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales berdepan situasi ngeri apabila terpaksa terjun dari motosikalnya bagi menyelamatkan diri selepas jentera Yamaha itu berdepan masalah.

Terdahulu, pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro dan pelumba Pramac Ra­cing, Jack Miller sedang merebut kedudukan pertama, namun kedua-dua pelumba berkenaan tergelincir di selekoh terakhir.

Kesempatan itu berjaya digunakan oleh pelumba Portugal, ­Oliveira apabila berjaya memin­tas kedua-dua pelumba berkenaan untuk meraih kemenangan pertamanya pada kelas premier Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Miller bagaimanapun bernasib baik tidak terjatuh di selekoh terakhir dan menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Espargaro di tempat ketiga.

“Saya sangat emosi hari ini dan terima kasih kepada semua yang percaya pada saya. Terima kasih kepada penyokong saya terutamanya negara saya iaitu Portugal.

“Terima kasih kepada KTM yang memberi peluang kepada saya untuk bersama pasukan ini. Hari yang sungguh luar biasa dan saya berjaya melakukannya,” kata Oliveira.

Pada awal perlumbaan, pelumba Suzuki Ecstar dilihat berpeluang cerah untuk meraih kemenangan, namun saingan dihentikan dan menjejaskan rentak perlumbaannya apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI