fbpx

Silap pertahanan punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEVAN mendedahkan punca kekalahan PJ City FC kepada Terengganu FC disebabkan kesilapan benteng pertahanan.

JURULATIH Petaling Jaya City FC (PJ City FC), K. Devan me­ngakui kesilapan benteng pertahanan menghukum pasukannya apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam kelmarin.

Meskipun memulakan permainan dengan baik, namun kealpaan benteng pertahanan pasukan tuan rumah akhirnya dihukum menerusi Dominique Da Sylva yang meledak dua gol pada perlawanan itu.

“Kita bermula baik pada 25 minit pertama apabila menghasilkan dua peluang jaringkan gol, namun gagal untuk menembusi gawang Terengganu.

“Kemudian, Terengganu me­lancarkan serangan balas pantas dan berjaya jaringkan gol meskipun situasi satu lawan tiga. Itu satu kesilapan yang tidak patut dilakukan,” kata Devan.

Bekas pengendali Selangor itu juga berkata, skuad kendaliannya gagal menghasilkan hantaran-hantaran kreatif bagi menembusi benteng pertahanan Terengganu.

Justeru, beliau memberi gambaran untuk melakukan beberapa pertukaran pada posisi tengah dan serangan menjelang perlawanan seterusnya menentang Selangor 29 Ogos ini.

“Kami banyak hilang bola di bahagian tengah selain belum cukup kreatif pada posisi tersebut. Sudah tentu kelemahan itu perlu diperbaiki pada perlawanan akan datang.

“Saya sedia mencuba gan­dingan baharu pada jentera serangan. Saya mahu pemain yang mampu hasilkan kombinasi serta persefahaman terbaik kerana saya sangat kecewa de­ngan kekalahan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI