fbpx

PRN Sabah: PCS tegaskan tetap enggan bergabung bersama parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parti Cinta Sabah

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Parti Cinta Sabah (PCS) tetap dengan pendirian tidak mahu bergabung bersama parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman berkata, parti terbabit akan meneruskan rancangan untuk bertanding di sebanyak mungkin kerusi seperti diberitahu sebelum ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mahu bergabung bersama PCS namun kami tetap teguh dengan keputusan kami.

“Sebagai Presiden PCS, saya ingin mengulang dan menegaskan sekali lagi yang kami tidak akan bergabung dengan parti lain bagi PRN Sabah dan mahu bertanding sebanyak mungkin kerusi supaya dapat membentuk kerajaan,” katanya menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Status itu dipercayai bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang berkata mengenai pembentukan pakatan semua parti pembangkang di Sabah bagi menghadapi PRN Sabah bulan depan.

Antara parti yang disebut termasuklah PCS, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Terdahulu, Anifah sebelum ini turut menegaskan PCS akan tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk melaksanakan apa saja agenda demi kepentingan rakyat Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI