fbpx

Pokok damar pupus dijumpai semula di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridza (tiga dari kanan) menunjukkan sebatang pokok damar hitam siput daun hitam yang dijumpai semula di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah, Hutan Simpan Pelagat, Besut hari ini.

BESUT – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menemui semula pokok damar hitam siput daun besar yang sebelum ini dilaporkan telah pupus lebih 10 tahun lalu.

Ketua Pengarah Perhutanan, Datuk Mohd. Ridza Awang berkata, setakat ini, tiga batang pokok damar hitam siput daun besar atau nama saintifiknya, shorea kuantanensis tersebut telah dijumpai di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah, Hutan Simpan Pelagat dekat sini.

Beliau berkata, kali terakhir pokok spesies sama ditemui di negara ini di Hutan Simpan Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada tahun 1936.

“Pokok damar siput daun besar yang terdapat di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah, Hutan Simpan Pelagat tersebut telah dijumpai dua pegawai JPSM, Mohd. Nasir Mohd. dan Salleh Endut pada tahun 2014.

“Penemuan itu kemudiannya disahkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Ridza berkata, pakar botani, Prof. Peter Ashton dari Britain yang pernah menghasilkan jurnal berhubung spesies berkenaan pada tahun 1978 juga mengesahkan pokok yang ditemui di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah, Hutan Simpan Pelagat itu adalah shorea kuantanensis.

Beliau berkata, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati pokok damar siput daun besar tersebut yang paling tua berusia 76 tahun.

“Setiap pokok shorea kuantanensis yang ditemui mencatatkan pertumbuhan antara 28 sentimeter (cm) hingga 76 cm,” katanya.

Mohd. Ridza berkata, JPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Terengganu telah membina petak hutan pemuliharaan tinggi di kawasan pokok damar damar siput daun besar berkenaan ditemui.

Beliau berkata, ia bertujuan spesies pokok terancam itu dapat dipulihara dan diurus secara efektif agar tidak terus pupus.

“Selain itu, 2,000 anak pokok damar hitam siput daun besar telah disemai di Tapak Semaian Bukit Cina, Pasir Akar dekat sini dan Tapak Semaian Chalok, Setiu.

“Kita juga bercadang untuk menanam anak benih pokok ini di habitat asalnya di Kuantan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI