fbpx

Pemandu Honda Accord tidak langgar penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR mangsa kemalangan yang tular di laman Facebook.

SUBANG JAYA – Polis menafikan dakwaan pemandu kereta jenis Honda Accord terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang penghantar makanan Food Panda di Persiaran Putra Mahkota di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Syukor berkata, pemandu tersebut membuat laporan susulan ada dakwaan dia melanggar penunggang motosikal berkenaan.

Katanya, ketika kejadian pemandu tersebut dikatakan dalam perjalanan ke sebuah klinik sebelum melihat mangsa langgar pembahagi jalan dan terseret di atas jalan raya.

“Pemandu cuba untuk menolong mangsa tetapi ada orang awam lain membantu menyebabkan dia meneruskan perjalanan ke klinik bersama anaknya.

“Selain itu, pihak polis juga sudah periksa kereta terbabit dan tiada sebarang kesan kemalangan atau kesan kemek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Amihizam, polis sedang menjalankan siasatan status yang dimuat naik di Facebook berkenaan kemalangan tersebut.

“Kami masih lagi menyiasat dan mencari mangsa di hospital-hospital berdekatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu status yang dimuat naik di Facebook meminta orang ramai untuk mencari pemandu kereta yang melarikan diri setelah melanggar seorang penghantar makanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI