fbpx

Nenek, dua cucu nyaris terperangkap dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran berlaku melibatkan sebuah rumah di Kampung Baru, Rompin, Jempol, pagi semalam. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR

JEMPOL – Seorang nenek bersama dua cucunya nyaris terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka, Kampung Baru, Rompin, dekat sini pagi tadi.

Warga emas berusia 78 tahun dan kanak-kanak berusia 5 dan 8 tahun itu sempat keluar dari rumah tersebut selepas menyedari berlaku kebakaran.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi dan memusnahkan keseluruhan rumah kayu itu dikatakan bermula dari belakang rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.36 pagi.

Sepasukan anggota masing-masing dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bahau dan Bandar Seri Jempol kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan itu .

Ahmad Mukhlis memberitahu, punca kebakaran masih dalam siasatan termasuk anggaran kerugian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI