fbpx

Lelaki warga emas menjala ikan ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas yang didapati lemas semasa sedang menjala ikan di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas yang sedang menjala ikan di pesisir Pantai Bersih, Butterworth di sini ditemui mati lemas dipercayai selepas tergelincir hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, mangsa, Tang Kok He, 69, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan hanya memakai seluar pendek oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dikatakan pergi ke pantai itu bersendirian untuk menjala ikan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Mangsa ditemui oleh orang ramai di pesisir pantai sebelum dia dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan meninggal dunia akibat lemas.

“Menurut isterinya, mangsa sering pergi menjala bagi memulihkan tangan kirinya selepas diserang strok tiga tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI