fbpx

Jual arak, rokok seludup belakang pintu premis judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (dua kiri) menunjukkan arak dan rokok seludup yang dirampas pihaknya dalam operasi di sekitar Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Taktik licik warga asing menjual arak dan rokok seludup di pintu belakang premis judi dan kedai haram di sekitar daerah ini terbongkar apabila diserbu polis baru-baru ini.

Dalam operasi bermula 12 hingga 21 Ogos lalu lalu itu membawa penahanan 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga warga tempatan berusia 17 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, serbuan ke atas 367 kedai, premis perjudian dan gerai haram itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya terhadap aktiviti mengaut keuntungan haram tanpa sebarang cukai oleh PATI.

Katanya, dalam hasil pemeriksaan merampas 4,335 kotak rokok dan 2,929 tin serta 1,247 botol arak pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM90,100.

“Hasil pemeriksaan, menahan 68 lelaki termasuk dua wanita melibatkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Sri Lanka dan Pakistan.

“Tiga lagi warga tempatan yang diberkas merupakan pekerja premis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

“Selain itu, kesalahan tiada dokumen perjalanan pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI