fbpx

Jopana.my berjaya tembusi pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jopana.my, pengeluar pakaian berkaitan dengan permotoran, mengunjurkan jualan sebanyak RM500,000 pada tahun ini berbanding jumlah yang dicatat pada tahun lalu sebanyak RM700,000.

Pengasas syarikat, Datuk Anuar Hassan berkata, penurunan nilai jualan tersebut disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang memberi impak kepada operasi dan aktiviti pemasaran jualan sejak awal tahun ini.

“Kami kini memberi tumpuan terhadap konsep pemasaran secara online untuk memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa.

“Buat masa ini, kami memiliki cawangan di Auto Centre Pandan City, Johor Bahru dan di Simpang Renggam.

“Terdapat juga permintaan untuk membuka outlet baharu di Melaka dan Bangi, Selangor tetapi rancangan tersebut perlu dikaji lebih terperinci dalam keadaan ekonomi yang sukar kini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Anuar menjelaskan, ekoran strategi pemasaran yang agresif yang dijalankan syarikat secara online telah membolehkan produknya berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, pakaian ka­sual yang dihasilkan menerusi idea tempatan telah mendapat sambutan baik khususnya daripada pelanggan dari Eropah dan Amerika Syarikat.

“Pelanggan dari pasaran antarabangsa tertarik dengan rekaan tempatan dengan ciri-ciri unik yang dihasilkan dalam produk keluaran kami,” ujarnya.

Jopana.my sudah bertapak di Johor sejak 2012 dengan modal permulaan sebanyak RM700,000.

Anuar terpanggil untuk tonjolkan jenama tempatan yang berasaskan konsep permotoran ini kerana mahu menaikkan jenama berkenaan setanding jenama popular daripada pasaran luar negara.

“Kumpulan sasaran kami ialah golongan muda yang suka kepada bidang permotoran dan melalui koleksi pakaian yang diedarkan secara online dan offline, ia akan memberi pilihan yang baik de­ngan harga mampu milik,” jelas beliau.

Anuar menerangkan, antara pakaian yang dipasarkan Jopana.com adalah T-shirt tidak berkolar, kolar polo, topi, jaket serta beg yang ditawarkan pada harga antara RM50 hingga RM150.

Jelasnya, Jopana.my juga mengeluarkan pakaian yang di­cetak nama Johor Boy yang direka khusus untuk peminat tempatan dan pelancong yang datang ke Johor.

“Kalau kita lihat di luar negara ada yang memakai pakaian tertera tulisan London Boy, New York Boy dan di Johor, kita mahu orang pakai Johor Boy.

“Selain itu kita juga mahu Jopana.my dijadikan sebagai salah satu cenderahati apabila pelancong berkunjung ke negeri ini,” katanya.

Menurut Anuar, Jopana.my pada masa akan datang bakal mengeluarkan beberapa koleksi pakaian dan aksesori lain seperti tali pinggang dan kasut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI