fbpx

Ikmal percaya ada rezeki lepas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKMAL AMRY

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model Ikmal Amry bakal melangsungkan pernikahannya bersama tunang, Najla Samshul pada 19 Disember depan.

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, sementara majlis resepsi pengantin lelaki akan diadakan seminggu kemudian pada tarikh 27 Disember di Subang, Selangor. 

“Alhamdulillah saya dan tunang sudah ada tarikh nikah. Cuma untuk persiapan, saya masih belum sempat uruskan sebab terlalu sibuk dengan kerja. Tunanglah yang banyak uruskan untuk persiapan majlis belah perempuan. 

“Cuma sebagai seorang lelaki yang akan bergelar ketua keluarga, saya banyak belajar persiapkan diri dengan mempelajari ilmu agama dan jaga solat sebab bukan mudah untuk menjaga anak orang,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkab barisan artis naungan syarikat Absolut Talent & Management di Bangsar South, di sini. 

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, dia tidak pernah risau tentang kewangan selepas berkahwin kerana sentiasa percaya bahawa rezeki datangnya dari Tuhan. 

“Sejujurnya nama saya mula naik sebab mahu kahwin. Selepas bertunang, saya terima banyak tawaran berlakon termasuklah dua buah filem yang memulakan penggambaran pada Oktober depan. 

“Sebab itu saya sentiasa percaya bahawa rezeki datangnya daripada Allah. Jadi saya tidak pernah risau tentang perkara itu. Ini jalan yang betul saya pilih,” katanya. 

 

Terdahulu, Ikmal yang juga peserta Hero Remaja 2017 mengikat tali pertunangan bersama Najla pada 26 Mei lalu selepas empat tahun menjalin percintaan. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI