fbpx

Dicekup cuba seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang dirampas selepas cuba seludup keluar migran.

KUALA SELANGOR – Empat termasuk dua tekong laut dan darat warga Indonesia tidak sempat menyeludup keluar negara ini selepas dicekup berhampiran jeti Chia Ahlon, Pantai Redang, Sekinchan semalam.

Kesemua suspek berusia 23 dan 39 diberkas menerusi Ops Benteng kira-kira pukul 10.45 malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) , Superintendan Zulafendy Hassan berkata, kedua-dua tekong itu dipercayai terlibat dalam penyeludupan migran.

Katanya, mereka bertindak membawa dan menghantar pendatang asing tanpa izin (PATI) keluar dari Malaysia melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Dua tekong itu cuba menyeludup dua rakan senegara mereka menggunakan bot nelayan kelas B.

“Justeru, kita merampas bot itu bersama enjin, peralatan menangkap ikan dan empat telefon bimbit pelbagai jenama serta wang tunai RM129,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM601,979.

Zulafendy turut menjelaskan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1963,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI