fbpx

Cara pelik artis Indonesia kekal awet muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VICKY memegang kek hadiah pelajarnya sempena ulang tahun kelahiran selebriti tersebut tahun lalu. - Instagram / @vickyburkiballet

JAKARTA – Artis veteran Indonesia yang pernah popular dengan watak antagonis, Vicky Burki dilaporkan memiliki tabiat pelik iaitu minum  urin sendiri sebagai kaedah untuk kekal awet muda, lapor portal Sripoku.com hari ini.

Vicky atau nama sebenar Victorine Cherryline Soedarjono Burki dikatakan berbuat demikian beberapa tahun lalu setiap kali selepas dia bangun pagi.

“Vicky minum urin  sebagai terapi. Setiap pagi, saya akan bangun daripada tidur dan berbuat demikian. Ini sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu,” katanya yang kini memberi fokus kepada tarian balet.

Malah katanya, rutin itu menjadikan dirinya lebih sihat dan dapat menangkis pelbagai jenis jangkitan.

Selain rutin pelik itu, Vicky mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam setiap hari, mematuhi waktu tidur harian dan berfikiran positif.

Dia juga menukar gaya pemakanannya untuk menjadi seorang vegetarian.

Selebriti yang sudah menjangkau usia 50-an itu memilih untuk kekal bujang kerana percaya perkahwinan tidak menjamin kebahagiaan serta kebersamaan.

Vicky lahir di Bandung, Jawa Barat pada 17 Jun 1965. Dia kini seorang jurulatih aerobik dan mengendalikan program Primaraga menerusi stesen penyiaran ANTV.

Pernah memegang gelaran Ratu Aerobik Asia pada 1988, Vicky juga membintangi beberapa drama sinetron, antaranya Janji Hati dan Anakku Bukan Anakku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI