fbpx

Bendera Georgia dikibar separuh tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN Banjaran Caucasus di Georgia dirakam pada 13 Ogos, 2017. - AFP

TBILISI, Georgia – Negara bekas Kesatuan Soviet, Georgia mengumumkan hari berkabung hari ini selepas 17 orang terkorban dalam kemalangan ngeri apabila sebuah bas terjunam 80 meter dari sebatang jalan pergunungan.

Polis berkata, kemalangan tersebut berlaku kelmarin di rantau Mtskheta-Mtianeti, Pergunungan Caucasus.

Bas mini itu terjatuh dari sebuah lereng di kawasan perbandaran Dusheti, menyebabkan 17 orang terbunuh dan tiga mangsa parah, kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan.

Pekerja-pekerja kecemasan memindahkan mangsa yang cedera untuk rawatan perubatan dan polis masih menyiasat punca nahas.

Sementara itu, kerajaan Georgia mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung dengan bendera negara itu dikibarkan separuh tiang.

Georgia mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang buruk, manakala Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menyenaraikan Georgia antara yang terburuk dalam kalangan negara anggotannya melibatkan statistik kematian akibat  kemalangan jalan raya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI