fbpx

10 nyawa melayang dalam letupan bom berkembar di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa (tengah) terbaring di kaki lima jalan ketika polis dan askar menutup lokasi serangan bom di bandar Jolo, Kepulauan Sulu hari ini. - AFP

MANILA – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera termasuk askar dan polis dalam serangan bom berkembar membabitkan seorang pengebom bunuh diri di selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

Serangan berlaku di bandar Jolo, kepulauan Sulu di mana tentera kerajaan memerangi kumpulan Abu Sayyaf.

Komander tentera tempatan, Leftenan Jeneral Corleto Vinluan berkata, lima askar dan empat orang awam maut  apabila bom buatan sendiri yang diletakkan pada motosikal meletup di luar sebuah pasar raya di Jolo.

“16 askar cedera dalam letupan waktu tengah hari itu,” katanya.

Seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Ronaldo Matgeo memberitahu, kira-kira 20 penduduk awam turut cedera.

“Askar kami melihat seorang individu meninggalkan motosikal tersebut di luar sebuah pasar raya yang ramai pengunjung termasuk anggota tentera.  Motosikal itu segera diletupkan,” kata Matgeo.

Letupan kedua berlaku tidak lama kemudian di jalan yang sama apabila seorang pengebom bunuh diri wanita meletupkan dirinya, menyebabkan seorang mangsa maut dan enam anggota tentera cedera.

“Kumpulan Abu Sayyaf berkemungkinan besar  dalang serangan berkembar ini,” kata Matgeo.

Letupan tengah hari tadi berlaku selepas ketua Abu Sayyaf diberkas di Pulau Mindanao awal bulan ini.

Sejak itu, pasukan keselamatan diletakkan  dalam keadaan siap siaga berhubung kemungkinan serangan balas dilancarkan susulan penahanan ketua Abu Sayyaf, Abduljihad Susukan.

Dia didakwa berhubung 23 kes bunuh, lima jenayah penculikan dan enam percubaan membunuh, kata polis.  – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI